Saturday 20 July 2013

WATAK UPIN,IPIN DAN MEI MEI

Watak Upin Dan Ipin

Upin ialah satu watak utama dan eponim siri Upin & Ipin. Dia merupakan abang kembar kepada Ipin, adik kepada Kak Ros, dan cucu kepada Opah. Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf "U"manakala ipin mamakai singlet biru yang terdapat huruf "I" di bajunya...

Perwatakan

 Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai si abang, Upin banyak menunjukkan sifat sebagai saorang abang kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan. 


MeiMei

Mei Mei ialah seorang kawan Upin dan Ipin yang belajar bersama mereka di Tadika Mesra.Mei Mei ialah seorang budak perempuan berketurunan Cina yang mudah dikenali kerana memakai cermin mata berbaju merah

Perwatakan.

Mei Mei ialah seorang bersifat manis dan berbudi pekerti. Dia juga seorang murid yang pandai, mudah bersabar dan cepat bertindak jika kawan-kawannya menghadapi masalah atau membuat kesilapan.



No comments:

Post a Comment