Sunday 21 July 2013

WATAK MAIL DAN EHSAN

Mail

Bentuk kepala Mail membujur, dihiasi rambut terbelah  di tengah-tengah pada dahi. Dia selalu memakai kemeja T hijau berleher bulat, bertepi kuning dan berbintang jingga di tengah-tengah, serta seluar pendek biru. 



Perwatakan

Dikenali dengan laungan "dua seringgit" ketika berniaga, Mail boleh disifatkan dengan sifat keusahawanan yang utuh. Dia amat mementingkan ketepatan dalam menilai dan menentukan harga barang yang diperdagangkannya, baik ayam goreng mahupun buah-buahan. Bagaimanapun, pembawaan Mail seakan-akan sedikit megah di depan penonton kerana berbangga sebagai 'bakal usahawan' yang pandai berniaga pada usia muda lagi. Hubungannya dengan Mei Mei agak dingin.






Ehsan

Ehsan bin Azzarudin Ehsan terkenal kerana bentuk badannya yang lebih gempal daripada kawan-kawannya yang langsing-langsing belaka, dan juga memakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal. Sebagai ketua kelas ditadika, dia juga memakai tali leher kupu-kupu bersama pakaian seragamnya 


Perwatakan

Sebagai ahli keluarga kaya, Ehsan terkenal dengan beberapa sifat kurang elok yang dikaitkan dengan latar belakangnya, iaitu bermanja, suka menunjuk-nunjuk, dan cerewet dalam hal-hal yang penting kepadanya. Dia juga kuat makan orangnya, dan dia tidak suka membazir makanan atau lihat sesiapa membazirnya. Tanggungjawabnya sebagai ketua kelas juga melahirkan sikap suka mengarah yang serba sedikit dalam diri Ehsan.



No comments:

Post a Comment