Tuesday 23 July 2013

WATAK CIKGU JASMIN, SALLEH DAN AH TONG

Cikgu Jasmin

Cikgu Jasmin merupakan guru kelas Aman di Tadika Mesra yang berkhidmat semenjak sebelum hari pertama Upin dan Ipin sekawan bersekolah, hinggalah episod "Terima Kasih Cikgu", yang mana dia terpaksa meninggalkan tadika untuk menyambung pelajaran di Kuala Lumpur dan diganti oleh Cikgu Melati.Cikgu Jasmin biasanya memakai baju kebaya putih kebiruan dan sanggul tudung putih berbunga biru kabur-kabur. Dia selalu memakai solekan ke kelas, paling ketara sekali pada celah bulu kening dan mata serta pipi.

Perwatakan

Cikgu Jasmin dikenali dengan pembawaannya yang ramah mesra dengan murid-murid. Walaupun begitu, sebagai guru, dia bertindak tegas demi mendisiplinkan murid-murid dan pernah bertempik apabila kelas menjadi terlalu kecoh.

                                  
Char jasmin


Salleh

Salleh ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai "lelaki lembut", iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya.


Perwatakan

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya "Sally". Bukan setakat keperempuanan, malah cepat malah apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.
Char sally

Perwatakan Ah Tong

Ah Tong ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang berketurunan Cina. Dia menyandang pelbagai pekerjaan dalam siri Upin dan Ipin, seperti penjaga dusun getah, petani, peniaga hasil tanaman, pengumpul barang kitar semula dan juga tukang bina.

Char ahtong

                                
.

WATAK TOK DALANG DAN MUTHU

Tok Dalang

Tok Dalang (nama sebenar: Isnin bin Khamis) ialah penghulu Kampung Durian Runtuh. Dia juga disegani sebagai juara wayang kulit, seperti yang diperlihatkan dalam filem Geng; Pengembaraan Bermula. Sebagai ketua kampung, dia juga mengumpul zakat fitrah daripada orang-orang kampung sewaktu bulan Ramadan.
Tok Dalang tinggal keseorangan dalam rumahnya kerana anak cucunya tinggal di bandar.Tok Dalang sering tampil dengan kopiah dan pakaian serba kelabu. Dia selalu membiarkan bajunya tidak dipasang butang sehingga mendedahkan dadanya yang kurus kering hingga nampak tulang rusuk.

Perwatakan.

Dalam musim pertama, perwatakan Tok Dalang kelihatan kurang mesra dengan kanak-kanak yang bernakal dengannya, terutamanya apabila mereka mengejar Ayam Belaannya di merata kampung.
Akhir-akhir ini, Tok Dalang lebih bermesra dengan kanak-kanak, walaupun yang paling nakal. Dia mengalu-alukan bantuan Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam bermacam-macam perkara, mungkin disebabkan usianya yang lanjut.
Char tokdalang

                                 

Perwatakan Muthu

Muthu ialah pegerai makanan yang paling dikenali ramai di Kampung Durian Runtuh. Dia merupakan bapa kepada Rajoo.
                                      Char muthu

WATAK KAK ROS DAN OPAH

Kak Ros

Ros ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin dan cucu kepada Opah. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka semua memanggilnya Kak Ros.Ros ialah seorang gadis remaja yang belajar di sekolah menengah. Di rumah, Ros sentiasa memakai baju kurung. Dia juga bertudung sewaktu ke sekolah, atau berhari raya.

Perwatakan

Ros bersikap tegas terhadap adik-adiknya, dan sering memarahi Upin dan Ipin sesekali dia mendapati mereka bernakal. Kadang-kadang sikap tegas terhadap adik-adiknya itu ditegur oleh Opah yang lebih berlembut dengan adik-beradik kembar itu. Sungguhpun demikian, Ros tetap menyayangi Upin dan Ipin walau apa pun.
                              
                                         Ros

Opah

Mak Uda ialah nenek sebelah ibu kepada Upin, Ipin dan Ros dan ketua keluarga mereka, dan lebih mesra dikenali sebagai Opah oleh cucu-cucunya dan kawan-kawan mereka.Muka Opah berbentuk segi lima, dengan tahi lalat pada pipi kirinya. Dia selalu memakai baju kurung biru muda berbunga biru biasa, sarung perang bercorak batik, dan alas kepala biru. Pada musim raya, dia gemar berpakaian serba hijau.

Perwatakan

Opah ialah seorang warga emas yang berlemah-lembut anginnya jika dibandingkan dengan Ros, khususnya ketika melayan kenakalan Upin dan Ipin, sehingga dia disangka memanjakan adik-beradik kembar itu. Dia kaya dengan pengetahuan duniawi dan keagamaan. Walaupun usianya lanjut, namun dia tetap kuat badan dan ingatannya. Usianya boleh dibayangi dengan memori hidup sewaktu zaman Jepun dalam episod "Kami 1Malaysia".

                                           
                                                  



WATAK IJAT DAN DZUL

Dzul

Dzul ialah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin.Mukanya berbentuk segitiga dan berdagu tajam, lengkap dengan rambut bergaya curtained, sama dengan Badrol.

Perwatakan

Walaupun kurang menonjol dalam cerita Upin dan Ipin, namun dia paling terkenal sebagai kawan baik dan "penterjemah" bagi Ijat yang berat mulut. Ini mencerminkan sifat Dzul yang pandai memahami mereka yang sukar difahami orang keramaian.

Char dzul      

Ijat

Ijat merupakan salah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin. Dia terkenal sebagai watak yang berat mulut dan jarang bercakap.Sedangkan kebanyakan rakan-rakan sekelasnya berwarna kulit sawo matang, kulit Ijat pula sama warnanya dengan Jarjit. Mukanya berbentuk lebih kurang segi empat bujur.

Perwatakan

Oleh sebab kurang pandai atau malu bercakap (tetapi bukannya tidak boleh), Ijat selalunya berkomunikasi dengan mencungap-cungap. Dalam episod "Seronoknya Membaca", dia juga menunjukkan rasa malu untuk membacakan buku cerita di depan kelas, mungkin disebabkan dia lambat menyerap apa yang diajarkan berbanding murid-murid lain.
Kawan Ijat yang paling akrab ialah Dzul yang mampu memahami cungap-
cungapannya dan bertindak sebagai "jurubahasa" untuknya.
                                         Char ijat

WATAK SUSANTI DAN DEWI

Susanti

Susanti ialah seorang rakan sekelas Upin dan Ipin yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Dia berpindah ke Kampung Durian Runtuh bersama keluarganya.Susanti tampil dengan kulit cerah dan tidak sawo matang macam kebanyakan kawan-kawannya, mungkin kerana bersolek tebal. Ini menunjukkan bahawa dia berasal dari sebuah keluarga yang berada.

Perwatakan

Walaupun bertutur dalam bahasa dan pelat Indonesia, namun bahasa yang digunakannya amat mudah difahami oleh rakan-rakan setempat. Sebagai anak orang berada, Susanti kelihatan agak pandai dengan teknologi berbanding rakan-rakan sekelasnya selaku penduduk kampung.





Perwatakan Dewi

Devi ialah seorang watak kecil dalam siri Upin dan Ipin. Disebabkan peranannya yang kecil, tidak banyak yang diketahui tentang Devi selain bahawa dia berkawan rapat dengan murid-murid perempuan yang lain dari Tadika Mesra iaitu Mei Mei dan Susanti

WATAK JARJIT

Jarjit

Jarjit Singh merupakan kawan sekelas Upin dan Ipin, dan juga watak "pelawak" utama dalam siri ini yang terkenal dengan pantun "dua tiga keratnya".Muka Jarjit berbentuk kurus membujur bagai buah zaitun, dan kulitnya lebih gelap berbanding kawan-kawannya yang lain. Sebagai penganut Sikh agama Sikh , dia sentiasa memakai patka untuk mengikat rambutnya yang tidak terpotong dalam bentuk bebola.


Perwatakan

Sebagai "pelawak kelas", Jarjit sering mencuit hati penonton dengan pantun dua kerat yang bermula dengan "Dua tiga..." tanpa mengira keadaan, sama ada menanyakan atau menjawab soalan, mahupun meraikan sesuatu yang menggembirakan atau meratapi sesuatu yang memilukan. Sesetegah reaksi yang dibuatnya pun agak melucukan, terutamanya apabila meraung kerana kesakitan; biarpun betul-betul sakit namun pembawaannya umpama berpura-pura sakit.