Kak Ros
Ros ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin dan cucu kepada Opah. Upin, Ipin dan kawan-kawan yang sebaya dengan mereka semua memanggilnya Kak Ros.Ros ialah seorang gadis remaja yang belajar di sekolah menengah. Di rumah, Ros sentiasa memakai baju kurung. Dia juga bertudung sewaktu ke sekolah, atau berhari raya.
Perwatakan
Ros bersikap tegas terhadap adik-adiknya, dan sering memarahi Upin dan Ipin sesekali dia mendapati mereka bernakal. Kadang-kadang sikap tegas terhadap adik-adiknya itu ditegur oleh Opah yang lebih berlembut dengan adik-beradik kembar itu. Sungguhpun demikian, Ros tetap menyayangi Upin dan Ipin walau apa pun.
Opah
Mak Uda ialah nenek sebelah ibu kepada Upin, Ipin dan Ros dan ketua keluarga mereka, dan lebih mesra dikenali sebagai Opah oleh cucu-cucunya dan kawan-kawan mereka.Muka Opah berbentuk segi lima, dengan tahi lalat pada pipi kirinya. Dia selalu memakai baju kurung biru muda berbunga biru biasa, sarung perang bercorak batik, dan alas kepala biru. Pada musim raya, dia gemar berpakaian serba hijau.
Perwatakan
Opah ialah seorang warga emas yang berlemah-lembut anginnya jika dibandingkan dengan Ros, khususnya ketika melayan kenakalan Upin dan Ipin, sehingga dia disangka memanjakan adik-beradik kembar itu. Dia kaya dengan pengetahuan duniawi dan keagamaan. Walaupun usianya lanjut, namun dia tetap kuat badan dan ingatannya. Usianya boleh dibayangi dengan memori hidup sewaktu zaman Jepun dalam episod "Kami 1Malaysia".
No comments:
Post a Comment